Kali pertama aku menulis di dalam blog ini meluahkan perasaan dan menceritakan tentang peribadi ku selama kian lamanya aku membisu dari dunia nyata serta perkara-perkara yang telah terjadi ke atas diri aku. Entahlah, kadang kadang aku lihat ceria dan gembira di luar. Tapi dalamanya tidak seorang pun tahu dan faham apa yang aku rasa, hadapi dan masalah yang menimpa aku sebagai tragedi. Apa silap aku pun aku tak tahu. Semua manusia buat silap. Manusia tidak lepas dari ikatan dosa dan kesilapan. Tetapi aku yakin Allah tu maha mengampun dan membuka pintu taubatnya kepada hamba hambanya yang benar benar ingin taubat. Bukan bermakna, seseorang itu buat silap selama lamanya dia tidak akan berubah. . Banyak peluang untuk nye tetapi masa yang menentukan.
Hari ini, aku rasa satu kekosongan yang besar. Aku kehilangan satu kebahagiaan dan kemesraan yang aku lalui selama 10 tahun. Walaupun aku tahu dia tidak akan menepikan dan meninggalkan aku, tetapi aku mendapat rasa kemesraan kita akan pupus dengan perlahan-lahan dalam masa yang dekat tapi entah bila. Sejak aku mendapat berita dan melihat dengan mata aku sendiri, aku rasa terperanjat, dan tidak dapat menerimanya. Binggung! aku tak tahu apa yang aku rasa. Marah? sedih? menangis?gembira? kecewa? Entah..aku tak tahu. Seolah-olah macam aku sedang mimpi. Kenapa ini harus terjadi? Kebahagiaan yang aku serahkan padanya, telah dicuri dan dirampas orang. Kau bahagia disana, kau gembira disana.. Tapi aku sendirian disini. Kau tidak akan faham perasaan kekosongan aku selama ni walaupunn sebelum kau bertemu dengan dia. Aku sedih bila lihat keadaan seperti ini. Kau boleh berkata kata macam tu..tapi kau sudah mendapat sesuatu yang kau inginkan selama ini. Akulah tempat kau bersedih, tempat ketawa, tempat meingisi rindu dan kebosanan. Tapi sekarang aku rasa tidak diperlukan lagi. Aku dihumban begitu sahaja. Tapi aku tahu itu bukan maksud kau sebenarnya. Kalau kau kata aku dapat menerimanya? Bohong kalau aku kata ya. Tidak sama sekali. Walaupun aku harus terus berjalan dengan tanpa sepatu yang aku sayang selama ini, aku tetap akan rasa bersedih dan kecewa mungkin untuk selamanya. Dulu kau ada teman, aku kau tepikan...datang lagi teman, aku tetap ditepikan bagaikan aku tidak mustahak dalam hidup kau lagi. Kini kau benar benar, tidak menjaga perasaan aku yang kau anggap sebagai 'abg' bagi kau.
2 peeps felt dissapointed, 2 peeps left me when I need them. 2 peeps never care and bother me anymore. Entahlah sampai bila, biarlah aku bersendirian untuk ketika ini. There's no point for me to depend on you guys now. Kerana orang orang yang aku sayangi telah membuat keputusan yang muktamad. Kepada 'y', 'k' dan 'w' ... I have to go. I think u dont need me in your life now. U have drawn line. I cant afford to see you peeps, happily out there while I'm sad and in confuse stage here.
Untuk 'K'..Thanks for yesterday. Kali pertama, aku dengar ucapan itu dari kau dalam hidup kita berkenalan selama 10 tahun. haizzz.....................
Biarlah aku rakam ni semua dalam hidup aku sampai aku mati nanti. Aku takkan lupakan apa yang telah terjadi selama ni. I wont forget.